Mohon klik button di bawah:-
BAGAIMANA CARA PEMASANGAN KEKUDA ATAP YANG IDEAL
Kami kongsikan video di bawah iaitu panduan pemasangan atap untuk tatapan anda.
ILMU STRUKTUR BINAAN RUMAH
Assalammualaikum,
Episod kali ini adalah perkongsian ilmu berkaitan struktur bangunan atau rumah yang kami bina.
Saya percaya bahawa mereka yang ingin membina rumah hanya ingin tahu harga rumah, cantik, molek, kemas & nampak indah mata memandang.
Namun kami team Bina Rumah Bincang Dulu utamakan struktur bangunan selain kemewahan yang bakal anda dapat.
Nasihat saya kepada bakal2 pemilik rumah, agar mengambil tahu serba sedikit tentang rangka rumah anda. Sila bertanya kepada kontraktor yang telah anda lantik.
Buat2 tahu walaupun anda tak tahu sebab kontraktor akan gerun dengan anda. Tanya pakai Y10 atau Y12, pakai BRC atau besi link.
Sekian maklumat dari saya, selamat menimba ilmu...in shaa Allah
CARA KIRAAN KAYU BAKAU UNTUK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Cara kiraan kos kayu bakau untuk pilling.
Sekiranya:-
Sebatang kayu bakau RM12
Satu lubang 15 batang kayu bakau
Sekiranya rumah yang anda bina punyai 25 tapak/lubang/footing.
RM12 x 15 batang x 25 lubang
Jawapannya RM4500 anda kena keluarkan.
Keseluruhan kos adalah Rm6350
1. RM450 sewa backhoe/traktor.
2. RM800 upah pekerja.
3. RM4500 kayu bakau.
4. RM600 lain2 bahan.
“Keberkatan rezeki yang kami pohon”.
“Senyuman tuan rumah matlamat kami”.
Kami sedia bantu untuk bina rumah idaman anda.