Assalammualaikum,
Episod kali ini adalah perkongsian ilmu berkaitan struktur bangunan atau rumah yang kami bina.
Saya percaya bahawa mereka yang ingin membina rumah hanya ingin tahu harga rumah, cantik, molek, kemas & nampak indah mata memandang.
Namun kami team Bina Rumah Bincang Dulu utamakan struktur bangunan selain kemewahan yang bakal anda dapat.
Nasihat saya kepada bakal2 pemilik rumah, agar mengambil tahu serba sedikit tentang rangka rumah anda. Sila bertanya kepada kontraktor yang telah anda lantik.
Buat2 tahu walaupun anda tak tahu sebab kontraktor akan gerun dengan anda. Tanya pakai Y10 atau Y12, pakai BRC atau besi link.
Sekian maklumat dari saya, selamat menimba ilmu…in shaa Allah